Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari)
Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang yang ma'sum dari mengerjakan dosa. Kalau seandainya beliau berdosa, maka Allah SWT telah bersedia untuk mengampuni dosa beliau yang terdahulu dan terkemudian. Walaupun demikian, beliau masih banyak beristighfar (meminta ampun) kepada Allah SWT dalam sehari semalam tidak kurang daripada tujuh puluh kali beristighfar, dan beliau selalu bangkit bersembahyang pada waktu malam dan banyak menghabiskan masanya untuk bermunajat di hadapan Allah SWT sehingga bengkak kedua kaki beliau.
Ini adalah satu teladan kepada kita sebagai ummatnya. Kita yang terlalu banyak berdosa ini, mestinya lebih banyak beristighfar kepada Allah SWT dan lebih banyak lagi berbuat ibadat di waktu malam, tetapi oleh kerana kelemahan iman yang ada di dalam dada, kita rasa malas untuk beristighfar dan rasa terlalu berat untuk bangkit dari tempat tidur untuk beribadat. Maka kalau kita cuba meraba dada kita dan bertanya kepada diri kita sendiri, dapatlah kita mengukur sejauh mana kekuatan iman yang ada di dalam hati, maka beruntunglah orang yang menyedari dirinya sebelum ia diragut oleh kematian dan berjayalah orang yang bersegera berbuat ibadat sebelum ia terlambat.
by: SEBUAH BUKU YANG ASYRAF BACA...
NOTE:: KITA YANG SEDANG SIHAT KENAPA TIDAK BERSOLAT???
BERJUANGLAH KAMU DI JALAN ALLAH