Daripada penerangan Sheikh Abdus Salam Bali di atas, dapat difahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:
1) Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
(Mesti 10 kali. Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang. Cara ini salah. Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
2) Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.
3) Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali. Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.
4) Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek. Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.
Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?
1) Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu. Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf. Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.
Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda. Anda tidak akan lupa, insyaALLAH. Segala puji bagi ALLAH. Kenapa?
Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda. InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.
Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali:
Tentu ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran. Cara di atas hanyalah salah satu daripadanya. Semoga ALLAH Ta`ala memberkati Sheikh atas ilmu yang dikongsikan. Juga buat insan yang sudi berkongsi video ini kepada umum melalui youtube, semoga ALLAH Ta`ala memberkati mereka juga, amin…
Semoga ALLAH memuliakan kita semua dengan al-Quran yang mulia, amin.
Wallahu ‘alam. Semoga kita dapat sama-sama amal dan sampaikan.
original page::CLICK HERE!